Sunday, December 15, 2013

CINCIN EMAS PUTIH MURAH DAN KEUNIKANNYA


CINCIN EMAS PUTIH MURAH DAN KEUNIKANNYA


 

            Emas putih mempunyai nilai dan keunikannya tersendiri. Cincin emas putih tidaklah semahal emas kuning. Namun begitu, kebiasaannya penjual emas kurang menggalakkan pembeli memilih emas putih kerana kononnya ia tidak boleh dijual semula. Ya. Memang benar. Emas putih tidak boleh dijual semula atau ditukar ganti seperti emas kuning. Jika dulu, emas putih kurang menarik perhatian dan hanya dipilih sebagai perhiasan sahaja. Namun, pada zaman serba moden ini, emas putih murah dan turut dijadikan cincin kahwin dan digunakan untuk  perhiasan harian individu tersebut.

 

            Emas putih merupakan campuran antara emas murni dan logam lain yang sememangnya memiliki warna putih seperti nikel (Ni), perak (Ag), palladium (Pd). Platinum (Pt) atau Rhodium (Rh). Campuran bahan-bahan ini dengan emas kuning juga akan menjadikan warna emas kuning itu kelihatan keputihan. Rhodium pula bertindak sebagai pengilat kepada emas putih itu yang akan mempengaruhi harganya. Emas putih ini mengalami proses yang dinamakan pemutihan atau bleaching dengan menggunakan nikel. Dengan proses pemutihan inilah emas kuning akan menjadi emas putih yang bersinar dan berkilat. Proses pemutihan tersebut dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Proses pemutihan ini biasanya mencampurkan logam Nikel yang lebih murah dan hasilnya adalah hampir sama dengan platinum dari segi struktur, rupa dan ciri logamnya.

 

            Emas putih telah menjadi trend sejak tahun 1920-an lagi sebagai pengganti platinum kerana harga platinum lebih mahal dan pembuatannya memerlukan suhu yang sangat tinggi jika mahu dibentuk menjadi barang perhiasan. Untuk perhiasan, tidak ada perhiasan yang menggunakan emas tulen kerana ia terlalu lembut. Oleh sebab itulah, dalam membentuk dan mereka emas tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain untuk menguatkan strukturnya. Jika emas putih itu kelihatan berkilat, biasanya perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan Rhodium yang digunakan untuk disadurkan pada emas putih. Dalam satu tempoh masa, lapisan rhodium ini akan semakin menipis dan kelamaan akan hilang. Oleh itu, emas putih ini perlu dijaga dengan baik dan sentiasa disadur untuk memastikannya terus berkilat.

 

            Orang ramai sering menyamakan emas putih dengan platinum. Emas putih adalah berbeza dengan platinum. Di antara kebanyakan logam, emaslah yang paling banyak digunakan oleh orang ramai. Orang Amerika lebih menggemari emas kuning dengan permata berwarna-warni. Sementara orang Eropah pula menggemari emas putih yang dihiasi dengan batu berwarna-warni. Selain berdasarkan warna dan karatnya, emas putih juga dinilai berdasarkan bentuk dan keunikan. Hal itu memberi pengaruh terhadap harga emas putih tersebut.

 

            Ada kalangan masyarakat yang mengandaikan bahawa emas putih sangat elegan jika dibandingkan dengan emas kuning biasa. Oleh sebab itu, emas putih lebih mempesonakan jika dijadikan sebagai perhiasan  terutama dipilih sebagai cincin pernikahan mahupun cincin pertunangan. Dalam perkembangan zaman yang semakin moden ini, emas putih sangat popular kerana boleh diolah atau dibentuk menjadi perhiasan yang sangat elegan dan menawan. Walaupun harga emas putih lebih rendah sedikit berbanding harga emas kuning ketika ia dijual, namun emas putih ini boleh jauh lebih mahal dari emas kuning ketika dibeli.

 

            Harga emas putih murah biasanya lebih rendah berbanding emas kuning. Emas putih ini biasanya dijadikan perhiasan yang dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, rantai emas putih, gelang emas putih dan sebagainya. Emas putih ini adalah tidak sesuai untuk dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah dan nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai beli.

 

            Emas yang didapati dari lombong diproses untuk mendapatkan emas tulen kerana emas lombong masih mempunyai bendasing yang menyebabkan ketulenan emas tidak mempunyai ketulenan 99.9%. Bagi membentuk emas kategori 24K, emas ini akan diproses dengan mencampurkan dengan logam-logam seperti perak, kuprum, nikel, zink dan palladium. Proses pencampuran ini akan membentuk emas yang berlainan kategori dan warna dan mengikut peratusan dan jenis bahan yang dicampurkan. Berdasarkan campuran emas tulen (24K) dengan bahan-bahan lain di dalam satu-satu kategori emas, maka terhasillah jenis-jenis emas seperti berikut:

 

           

Jenis Emas
Ketulenan (karat)
% Kandungan Emas
24K
999
Kebanyakan berbentuk ‘gold bar’
99.9 (kandungan emas tulen)
22.8K
950
Dikenali sebagai emas 23 karat
95 (kandungan emas)
22K
916
Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas
91.6 (kandungan emas)
21K
875
87.5
20K
835
Amat terkenal dan popular di kalangan emas di Kelantan
83.5
18K
750
Kurang popular di kalangan pembeli emas kerana mutunya
75 (mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas)
14K
583
58.3 (mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 58.3%)
9K
375
37.5

 

 

            Emas tulen sifatnya amat lembut dan sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda. Emas tumpat adalah tahan lama kerana itu ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jika anda mempunyai alergi terhadap bahan nikel atau logam lain, pilihlah perhiasan yang mempunyao kandungan emas seperti 18K atau 22K. Emas tumpat sentiasa mempunyai nilai sama ada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun, ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.