CINCIN EMAS PUTIH MURAH DAN
KEUNIKANNYA
Emas putih mempunyai nilai dan
keunikannya tersendiri. Cincin emas putih tidaklah semahal emas kuning. Namun begitu,
kebiasaannya penjual emas kurang menggalakkan pembeli memilih emas putih kerana
kononnya ia tidak boleh dijual semula. Ya. Memang benar. Emas putih tidak boleh
dijual semula atau ditukar ganti seperti emas kuning. Jika dulu, emas putih
kurang menarik perhatian dan hanya dipilih sebagai perhiasan sahaja. Namun,
pada zaman serba moden ini, emas putih murah dan turut dijadikan cincin kahwin dan
digunakan untuk perhiasan harian
individu tersebut.
Emas putih merupakan campuran antara
emas murni dan logam lain yang sememangnya memiliki warna putih seperti nikel
(Ni), perak (Ag), palladium (Pd). Platinum (Pt) atau Rhodium (Rh). Campuran
bahan-bahan ini dengan emas kuning juga akan menjadikan warna emas kuning itu
kelihatan keputihan. Rhodium pula bertindak sebagai pengilat kepada emas putih
itu yang akan mempengaruhi harganya. Emas putih ini mengalami proses yang
dinamakan pemutihan atau bleaching
dengan menggunakan nikel. Dengan proses pemutihan inilah emas kuning akan
menjadi emas putih yang bersinar dan berkilat. Proses pemutihan tersebut
dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom.
Proses pemutihan ini biasanya mencampurkan logam Nikel yang lebih murah dan
hasilnya adalah hampir sama dengan platinum dari segi struktur, rupa dan ciri
logamnya.
Emas putih telah menjadi trend sejak
tahun 1920-an lagi sebagai pengganti platinum kerana harga platinum lebih mahal
dan pembuatannya memerlukan suhu yang sangat tinggi jika mahu dibentuk menjadi
barang perhiasan. Untuk perhiasan, tidak ada perhiasan yang menggunakan emas
tulen kerana ia terlalu lembut. Oleh sebab itulah, dalam membentuk dan mereka emas
tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain
untuk menguatkan strukturnya. Jika emas putih itu kelihatan berkilat, biasanya
perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan Rhodium yang digunakan untuk
disadurkan pada emas putih. Dalam satu tempoh masa, lapisan rhodium ini akan
semakin menipis dan kelamaan akan hilang. Oleh itu, emas putih ini perlu dijaga
dengan baik dan sentiasa disadur untuk memastikannya terus berkilat.
Orang ramai sering menyamakan emas
putih dengan platinum. Emas putih adalah berbeza dengan platinum. Di antara
kebanyakan logam, emaslah yang paling banyak digunakan oleh orang ramai. Orang
Amerika lebih menggemari emas kuning dengan permata berwarna-warni. Sementara
orang Eropah pula menggemari emas putih yang dihiasi dengan batu
berwarna-warni. Selain berdasarkan warna dan karatnya, emas putih juga dinilai
berdasarkan bentuk dan keunikan. Hal itu memberi pengaruh terhadap harga emas
putih tersebut.
Ada kalangan masyarakat yang
mengandaikan bahawa emas putih sangat elegan jika dibandingkan dengan emas
kuning biasa. Oleh sebab itu, emas putih lebih mempesonakan jika dijadikan
sebagai perhiasan terutama dipilih
sebagai cincin pernikahan mahupun cincin pertunangan. Dalam perkembangan zaman
yang semakin moden ini, emas putih sangat popular kerana boleh diolah atau
dibentuk menjadi perhiasan yang sangat elegan dan menawan. Walaupun harga emas
putih lebih rendah sedikit berbanding harga emas kuning ketika ia dijual, namun
emas putih ini boleh jauh lebih mahal dari emas kuning ketika dibeli.
Harga emas putih murah biasanya lebih
rendah berbanding emas kuning. Emas putih ini biasanya dijadikan perhiasan yang
dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, rantai emas putih,
gelang emas putih dan sebagainya. Emas putih ini adalah tidak sesuai untuk
dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah dan
nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai beli.
Emas yang didapati dari lombong
diproses untuk mendapatkan emas tulen kerana emas lombong masih mempunyai
bendasing yang menyebabkan ketulenan emas tidak mempunyai ketulenan 99.9%. Bagi
membentuk emas kategori 24K, emas ini akan diproses dengan mencampurkan dengan
logam-logam seperti perak, kuprum, nikel, zink dan palladium. Proses pencampuran
ini akan membentuk emas yang berlainan kategori dan warna dan mengikut
peratusan dan jenis bahan yang dicampurkan. Berdasarkan campuran emas tulen
(24K) dengan bahan-bahan lain di dalam satu-satu kategori emas, maka
terhasillah jenis-jenis emas seperti berikut:
|
Jenis Emas
|
Ketulenan (karat)
|
% Kandungan Emas
|
|
24K
|
999
Kebanyakan berbentuk ‘gold bar’
|
99.9
(kandungan emas tulen)
|
|
22.8K
|
950
Dikenali sebagai emas 23 karat
|
95
(kandungan emas)
|
|
22K
|
916
Amat terkenal dan popular di kalangan
peminat emas
|
91.6
(kandungan emas)
|
|
21K
|
875
|
87.5
|
|
20K
|
835
Amat terkenal dan popular di kalangan
emas di Kelantan
|
83.5
|
|
18K
|
750
Kurang popular di kalangan pembeli
emas kerana mutunya
|
75 (mengandungi 18 bahagian emas dan 6
bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas)
|
|
14K
|
583
|
58.3 (mengandungi 14 bahagian emas dan
10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 58.3%)
|
|
9K
|
375
|
37.5
|
Emas tulen sifatnya amat lembut dan
sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya
tahan lasak dan lebih keras. Menambahkan logam lain sebagai campuran
“metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh
ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna
mawar atau merah muda. Emas tumpat adalah tahan lama kerana itu ia merupakan
pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jika anda mempunyai alergi terhadap
bahan nikel atau logam lain, pilihlah perhiasan yang mempunyao kandungan emas
seperti 18K atau 22K. Emas tumpat sentiasa mempunyai nilai sama ada belian,
jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun, ianya tetap bergantung kepada
kemampuan kewangan masing-masing.